PROVIDED SERVICES


AN ALTERNATIVE OF MALAY,ISLAMIC AND HERBS MEDICINE


ALSO COMING SOON WILL PROVIDE SPA,BEAUTY AND WELLNESS CENTRE.




PERUBATAN ALAMIAH / SEMULAJADI MENAWARKAN ANDA PELUANG PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENYEMBUHAN YANG LEBIH EFEKTIF TANPA MELIBATKAN CHEMICAL SIDE EFFECT SAMADA DALAM JANGKA MASA PENDEK ATAU PANJANG.

A NATURAL DETOXIFICATION AKAN BERLAKU  DIDALAM BADAN KITA MELALUI PEMECAHAN SEL-SEL TISUE DARAH / TISUE ORGAN KEPADA MOLEKUL YANG LEBIH HALUS DAN MUDAH SERAP OKSIGEN / NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN ATAU TISU ORGAN YANG" SAKIT ". INI AKAN MENINGKATKAN LAGI KADAR METOBOLISMA BADAN,AKTIF ALIRAN DARAH,MENGELUARKAN TOKSIN BADAN MELALUI PERPELUHAN,PEMBUANGAN AIR KECIL / BESAR DAN PERNAFASAN.AKHIRNYA TUBUH KITA AKAN MERASA LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA HANYA MELALUI TINDAKAN CAJ ION NEGATIVE - POSITIVE DIDALAM BADAN SECARA SEMULAJADI.


KINI GERBANGLIFE MENAWARKAN ANDA PRODUK FIR  DAN SUMBER PRODUK KESIHATAN ALTERNATIVE DAN PERKHIDMATAN PERUBATAN ALTERNATIVE YANG KOMPETEN UNTUK MENGATASI MASALAH KESIHATAN ANDA..INSYAALLAH.


     
               
                                        
INFO BERGUNA UNTUK ANDA...BACA,FIKIR,FIKIR LAGI AND FIND THE SOLUTION.

BAMBOO CHARCOAL 
KEMAMPUAN PENYEDUTAN 'BAMBOO CHARCOAL' YANG MENKAGUMKAN.

Selepas melalui proses penghasilannya pada suhu tinggi (melibihi 1200 oC), bilangan lubang-lubang kecil yang ada pada 'bamboo charcoal' menjadi 6 kali lebih banyak daripada arang biasa. Ia merupakan jenis arang yang terhalus dan terbaik.
Arang yang berkualiti tinggi mempunyai tahap kekerasan yang tinggi. Ia juga dikenali sebagai arang kristal. Dengan ketukan yang perlahan sahaja, ia dapat mengeluarkan bunyi seperti bunyi yang datang dari sebatang logam.
Lubang-lubang kecil yang terdapat pada 'bamboo charcoal' dapat dilihat melalui mikroskop elektronik dengan magnifikasi 750. Menurut ‘ ujian penyedutan’ (inhale test) yang dijalankan pada suhu tetap, setiap gram 'bamboo charcoal' mengandungi luas permukaan menghampiri 250 – 300 meter persegi (lebih kurang saiz padang bola keranjang). Dengan luas permukaan seluas ini, 'bamboo charcoal' mempunyai kebolehan untuk menyedut atau menyerap yang sungguh kuat. Ini membolehkannya berfungsi sebagai penyerap lembapan,penghilang bau busuk, dan sebagai agen penapis bahan kimia bertoksik.

Empat Fungsi 'Bamboo Charcoal' untuk Badan.

-Menyedut gas toksik, menyesuaikan tahap kelembapan, dan penghilang bau busuk.

-Membekalkan galian semulajadi.

-Berfungsi sama seperti Sinar Inframerah Jauh (Far InfraRed Ray, F.I.R).

-Anti-statik- menyediakan bahan penebat kepada Gelombang Elektromagnetik (Electromagnetic
  wave). 

F.I.R DAN ION NEGATIF 
FAR  INFRARED RAY (F.I.R)
Sinar Inframerah Jauh (Far Infrared Ray, F.I.R), ialah satu bentuk gelombang magnetik yang juga merupakan salah satu elemen cahaya matahari. Panjang gelombangnya (wavelength) adalah antara 4 hingga 400 mikrometer. Ia mengandungi tenaga yang sangat rendah yang tidak membahayakan manusia. Ia tidak tergolong dalam kategori sinar radioaktif.
Badan manusia sendiri adalah “organik”. Badan manusia sendiri merupakan satu sumber F.I.R dengan panjang gelombang kira-kira 9 mikrometer.  Di antara semua elemen yang terdapat dalam cahaya matahari, F.I.R  lah yang memberi kebolehan kepada sel untuk berfungsi. Di Jepun, F.I.R dikenali sebagai “ Cahaya Kehidupan”.

Ciri-ciri F.I.R:
1.       Radiasi: Seperti sumber cahaya yang lain, F.I.R juga tidak memerlukan medium lain untuk memindahkan tenaga kepada sesuatu objek. Sebagai contoh, cahaya matahari dapat bergerak dalam jarak yang jauh ke bumi tanpa bantuan sebarang medium.
2.       Penembusan: F.I.R boleh menembusi sedalam 4 hingga 10cm dari permukaan kulit kita dan mampu memanaskan badan dari dalam.
3.       Penyerapan Secara Kolektif: Semua elemen terdiri daripada gabungan molekul dan molekul pula terdiri daripada cantuman atom-atom. Oleh itu, terdapat gelombang atau getaran tertentu di antara molekul-molekul ini. F.I.R mempunyai gelombangnya sendiri dan panjang gelombangnya adalah sama seperti “bio-molekul” yang lain yang menjadi unsur kepada benda hidup. Dengan cara ini, F.I.R dapat membantu badan untuk memiliki penyerapan secara kolektif, lalu memperbaiki tahap tenaga badan kita.
Fungsi F.I.R untuk Kesihatan:
  1. Melancarkan Peredaran Darah:
F.I.R dapat menembusi kulit hingga sampai ke tisu “subcutaneous” di bawah kulit. Penembusan ini menghasilkan kesan haba yang mengembangkan saluran darah lalu melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah lancar, badan kita secara fizikalnya akan lebih relaks dan kebanyakan penyakit dapat dihindarkan.
  1. Meningkatkan Imuniti (Ketahanan badan).
Apabila fungsi sistem imun tidak normal, kemampuan badan untuk melawan bakteria dan virus menurun. Dengan bantuan F.I.R, kualiti sel sumsum tulang dan sel “thymus” akan meningkat, lalu fungsi keimunanan (pertahanan badan) akan bertambah baik.
  1. Mengaktifkan Sel dan Menggalakkan Peningkatan Kandungan Oksigen.
Peratusan air di dalam badan kita adalah 70% malah menjangkau hingga 80% di dalam darah. Gema (resonance) yang dihasilkan oleh F.I.R mampu menjana molekul air, lalu meningkatkan kandungan oksigen secara tak langsung. Apabila sel-sel badan dipenuhi oksigen, minda kita akan menjadi tangkas. Selain itu, F.I.R juga akan mengaktifkan sel-sel, meningkatkan “vital energy” dan melambatkan penuaan.
  1.  Menggalakkan Metabolisme Sel
Disebabkan kesan haba daripada F.I.R, darah boleh beredar dengan lancar di dalam badan. Ini membolehkan dan sisa-sisa metabolik atau bahan kumuh dapat dibawa keluar dengan cepat dari badan. Oleh itu, kita dapat memastikan yang badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik.